Sehingga kini, tiga pemain yang tidak akan beraksi dengan Harimau Muda A kerana telah
melebihi usia 23 tahun tahun depan ialah Mohd. Muslim Ahmad yang menyertai Terengganu, K. Gurusamy (Selangor) dan penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat yang berhijrah ke Johor FC.
Sementara itu Pertahanan Kanan Harimau Muda, Mahali Jasuli ketika mengulas mengenai ketiadaan pemain-pemain skuad tersebut yang berhijrah ke negeri lain musim depan, Mahalli berkata, ia merupakan satu peluang terbaik kepada pemain dari pasukan Harimau Muda B untuk mempamerkan aksi terbaik mereka kepada Kim Swee.
"Kita lihat pasukan dari Harimau Muda B umpamanya mempunyai pemain yang berpotensi dan inilah peluang mereka untuk membuktikan sesuatu bahawa mereka juga mempunyai kualiti yang tersendiri," katanya.-Kosmo
BERDASARKAN ranking dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) 27 Julai lalu, Malaysia mengalami penurunan dua anak tangga berbanding 144 bulan lalu.
Kegagalan mengatasi Singapura pada aksi kelayakan Piala Dunia lalu mungkin menyebabkan kedudukan itu berubah kerana tiada aksi kompetitif melibatkan pasukan Harimau Malaya selepas ini. Sementara itu, kejutan terbesar berlaku apabila Lions melonjak 11 anak tangga berbanding 142 walaupun sekadar bermain dua perlawanan. Anak buah Radojko Abramovich kini menjadi pasukan kedua terbaik di rantau Asia Tenggara selepas Thailand.
Di peringkat dunia, Uruguay melonjak ke tangga kelima dunia selepas memenangi Copa America di Argentina untuk memintas kedudukan England.
Berikut kedudukan terkini pasukan pilihan ranking terkini Fifa: 1. Sepanyol 2. Belanda 3. Jerman 4. Brazil 5. Uruguay 6. England 7. Portugal 8. Itali 9. Croatia 10. Argentina 146. Malaysia.
Bubar Bukan Penyelesaian
MENANG dipuji melangit namun apabila kalah dikritik habis-habisan!
Itulah situasi yang berlaku kepada skuad bola sepak Harimau Malaya pimpinan Datuk K Rajagobal gara-gara terkandas setakat peringkat pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia apabila dinafikan Singapura menerusi agregat 4-6, Khamis lalu.
Segala kemasyhuran dikecap pasukan kebangsaan dengan memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 dan Piala AFF Suzuki tahun lalu seakan dilupakan begitu sahaja segelintir peminat Malaysia.
Paling mengecewakan, terdapat satu laman sosial Facebook diwujudkan peminat mendesak Rajagobal meletak jawatan yang dipegangnya sejak 2009 dan membubarkan struktur skuad kebangsaan.
Pelbagai cacian dan tohmahan tidak berasas dilemparkan sebagai meluahkan perasaan tidak puas hati kepada pasukan kebangsaan.
Bagi Unit Sukan Meja Sinar Harian, perkara seumpama itu tidak wajar dilakukan kerana inilah barisan terbaik dimiliki Rajagobal dan dibentuk sejak sekian lama khususnya membawa cabaran negara pada masa depan.
Namun, terdapat juga sekumpu-lan penyokong setia tetap berdiri teguh dan tidak menyalahkan anak didik Rajagobal kerana mereka sudah melakukan terbaik dan bukan rezeki Malaysia untuk edisi kali ini.
Mohd Akmal Azman dari Putrajaya berpendapat, ini bukanlah masa sesuai merombak pasukan kebangsaan kerana terdapat ramai pemain berkualiti dalam skuad Rajagobal.
Menurutnya, cuma mereka tidak mempunyai peluang diturunkan dalam dua pertemuan menentang pasukan Kota Singa itu.
“Buat apa mahu bubar pasukan kebangsaan kita kerana mereka sudah lama bersama dan mula menunjukkan keserasian dalam permainan.
“Cuma kesilapan taktik Rajagobal punca kita gagal melangkah ke pusingan seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Shahrul Aizat Said dari Tanjung Karang percaya senario pasti berubah jika Khairul Fahmi Che Mat menggalas peranan sebagai penjaga gol dan bukannya Sharbinee Allawee semasa aksi pertama di Jalan Besar, minggu lalu.
“Mungkin sudah suratan takdir Malaysia tidak berjaya mengatasi Singapura namun andai Apek diturunkan barangkali keadaan mungkin berubah di Stadium Bukit Jalil, Khamis lalu,” katanya.
Apa pun yang berlaku, setiap penyokong perlulah memberi sokongan padu buat semua pemain kebangsaan kerana majoritinya masih muda dan mampu menggegar sekurang-kurangnya peringkat Asia kerana sasaran Rajagobal adalah melayakkan pasukan Malaysia ke Piala Asia 2015 kelak.
Malaysia kini menghuni ranking 146 dunia selepas Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) mengumumkan senarai terbaru pada 27 Julai lalu.
Kaji Semula Aksi EPL
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengkaji semula aksi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris kerana hanya mendatangkan keburukan berbanding kesan positif kepada pasukan kebangsaan.
Ini jelas terbukti apabila skuad Harimau Malaya kendalian Datuk K Rajgobal gagal menghalang kemaraan Singapura ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014.
Menurut kenyataan dipetik dalam laman sosial rasmi Facebook Ultras Malaya, tiada faedah boleh diperoleh pada pertemuan itu kecuali ‘menghadiahkan’ kecederaan kepada beberapa pemain negara.
“Muslim Ahmad dan Fadhli Shas mengalami kejatuhan moral teruk akibat melepaskan enam gol semasa pertemuan berdepan Liverpool, manakala Aidil Zafuan tercedera semasa aksi dengan Arsenal.
“Begitu juga dengan Norshahrul Idlan Talaha yang terlepas dua pertemuan membantu Malaysia akibat hamstring ketika bermain menentang Liverpool ,” kata kenyataan itu.
Rata-rata rakyat Malaysia berpendapat lebih baik sekiranya mengadakan pertemuan persahabatan melibatkan pasukan negara kerana mampu menaikkan ranking pasu-kan Harimau Malaya.
Kata-kata disuarakan mereka ada benarnya kerana ranking Malaysia jatuh dua anak tangga berbanding 144 bulan lalu kerana perlawanan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea tidak dinilai Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa).
Chong Wei berjuang buru emas Olimpik
LEE Chong Wei adalah ikon besar badminton negara. Namun gelaran itu akan lebih lengkap jika dia berjaya membolot pingat emas Olimpik. |
DATUK Lee Chong Wei akan tetap dijulang sebagai ikon besar badminton negara, sama ada dia berjaya atau tidak menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik di London tahun depan.
Deretan kemenangan yang telah dipahat jaguh No. 1 dunia itu di pentas antarabangsa cukup membuktikan kehebatannya sebagai pemain terbaik dunia. Dia bukan saja menjadi tumpuan di gelanggang badminton, malah menjadi rebutan banyak pihak korporat untuk menjadi duta mereka.
Chong Wei mampu hidup masyhur dan mewah hasil kejayaan yang dikecapi setakat ini. Dalam kata lain, kerjayanya sudah hampir sempurna tanpa mengira apa yang akan berlaku dua tahun dari sekarang.
Namun sebagai pejuang sejati, Chong Wei percaya, sebanyak mana kejuaraan yang telah dikecapi dan semewah mana harta yang dikumpul, kariernya tidak lengkap selagi emas Olimpik belum dapat digenggam.
Malah, atas keinginan tinggi untuk memburu lebih banyak kejuaraan dan pengiktirafan, Chong Wei menukar hasrat untuk bersara selepas tamat Sukan Olimpik 2012, sebaliknya berikrar akan terus berjuang selagi kudratnya mengizinkan dia mencabar kedudukan No. 1 dunia.
Semua harapan yang disandarkan rakyat Malaysia kepadanya disahut sebagai cabaran, biarpun mengakui ia turut memberi tekanan. "Saya sudah lali dengan tekanan, apa lagi tekanan yang tidak pernah saya rasa?,'' ujar Chong Wei, yang kini berada di England dalam misi mencari kejuaraan dunia pertama.
Tiga tahun lalu, Chong Wei diaibkan dengan kekalahan mudah 12-21, 8-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Olimpik yang mencuri perhatian dunia. Bukan kegagalannya membawa pulang emas yang dipersoal tetapi bagaimana dia dikalahkan dengan begitu mudah.
Bagi Chong Wei, apa yang sudah berlaku tidak boleh diubah, yang penting dia mengambil iktibar daripada kekalahan itu dan berusaha memperbaiki permainan di masa akan datang. Andai ditakdirkan bertemu lagi dengan jaguh China itu di final Olimpik 2012, ceritanya mungkin akan berbeza.
Chong Wei telah membuktikan keupayaannya memberi cabaran serius kepada Lin Dan di pentas besar dengan mengalahkan juara dunia tiga kali itu pada final All England, Mac lalu, untuk kejuaraan All England kedua.
"Ketika kalah di Olimpik 2008 saya amat tertekan. Saya rasa bersalah kepada rakyat Malaysia, apatah lagi ia kekalahan mudah. Agak lama juga saya cuba bangkit dari rasa tertekan itu tetapi sebaik saya berjaya bangkit, saya tidak lagi pandang ke belakang.
"Saya berusaha keras dalam latihan untuk meletakkan diri saya ke tahap sekarang. Saya percaya kalau mahu menang pingat emas Sukan Olimpik, tahun depan adalah waktu yang paling sesuai dan saya tidak akan mempersiakannya.
"Saya tidak tahu apa akan berlaku pada 2016, ketika itu usia saya sudah 34 tahun, mungkin saya masih bermain atau mungkin tidak. Saya akan lakukan apa saja untuk memastikan emas menjadi milik saya pada 2012, tertekan atau tidak, saya kena melalui semuanya secara positif,'' ujar Chong Wei.
Kebangkitan Chong Wei sejak Sukan Olimpik 2008 jelas dilihat selepas dia merangkul kejuaraan demi kejuaraan antarabangsa, hingga digelar 'Raja Siri Super'. Tahun ini, sudah enam gelaran dirangkul pemain berusia 29 tahun itu bermula dengan Siri Super Masters Akhir, Siri Super Terbuka Malaysia, All England, Siri Super Terbuka India, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia dan Siri Super Terbuka Indonesia.
Tahun lalu, Chong Wei memenangi tujuh gelaran - Terbuka Jepun GP Terbuka Macau, GP Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, All England, Terbuka Malaysia dan Terbuka Korea.
Pada 2009 pula dia berjaya menawan enam kejohanan, Terbuka Hong Kong, Terbuka Macau, GP Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, Terbuka Switzerland dan Terbuka Malaysia.
Bukit Jalil jadi 'bandar sukan'
SEBELUM ini sukan hanya dikaitkan terhadap pencapaian atlit, namun sukan bakal diubah kepada satu industri yang dapat meningkatkan pendapatan negara.
Jumlah itu mewakili lima peratus daripada keseluruhan KDNK dan melambangkan betapa industri sukan mempunyai potensi untuk dibangunkan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan supaya pembangunan industri sukan dipacu sepenuhnya oleh sektor swasta, dengan persatuan sukan tidak lagi bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan menjelang 2020.
Bukan saja daripada segi peningkatan pendapatan negara, pembangunan industri sukan diharap memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, melahirkan lebih ramai usahawan sukan dan menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lebih terjamin.
Industri sukan bukan saja memerlukan atlit namun lebih banyak lagi pengkhususan kerjaya seperti peguam, jurugambar, pengulas, ahli psikologi, ejen atlit, arkitek stadium dan banyak lagi peluang pekerjaan lain.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika pelancaran Tahun Industri Sukan 2011/2012 Khamis lalu berkata, paling penting ialah kesedaran mengenai perspektif dalam industri sukan dapat disemai kepada semua pihak.
“Dalam masa 10 tahun lagi, kerajaan berharap dapat menghampiri kepada model industri negara maju di dunia dengan menjadikan sukan sebagai perniagaan,” katanya yang turut memberi gambaran kemungkinan KBS tidak lagi wujud seperti negara maju di Jepun dan Amerika Syarikat yang mempunyai industri sukan yang berjaya.
Buat permulaan, Shabery berkata Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil akan dibangunkan sebagai bandar sukan dengan menghidupkan kawasan di sekitar stadium sebagai pusat perniagaan berasaskan sukan.
Usaha Tahun Industri Sukan bermula apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan 2011 sebagai Tahun Industri Sukan pada Konvensyen Industri Sukan 2009 (KISMAS 09) namun perkara itu baru direalisasikan bersempena kiraan detik setahun Sukan Olimpik London 2012.
Pelbagai aktiviti dan program dirancang sepanjang tahun ini seperti konvensyen, persidangan, bengkel dan seminar dengan laman web (www.sid.my) menyebarkan maklumat terkini mengenai berita industri sukan dalam dan luar negara.
KBS juga menubuhkan Bahagian Industri Sukan yang berfungsi menyusun strategi merealisasikan sukan sebagai antara penjana pertumbuhan ekonomi negara.
Chelsea terima maaf FAM
BENAYOUN (kanan) berebut bola dengan Mohd Fandi Othman (tengah) dalam perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia 2011 Chelsea, baru-baru ini.
Isu ejekan berbaur anti Semitik terhadap Benayoun
HONG KONG: Chelsea menerima permohonan maaf daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung ejekan berbaur anti Semitik terhadap pemain tengah berbangsa Israel, Yossi Benayoun dalam perlawanan pra musim di Kuala Lumpur, dua minggu lalu.
Chelsea pada awalnya cuba meredakan insiden itu tetapi terus mengemukakan bantahan selepas menilai semula perlawanan itu. Kini kelab itu yang turut bermain di Bangkok dan Hong Kong tanpa sebarang insiden, sudah melupakan perkara itu.
“Kami hargai perhatian serta-merta FAM terhadap bantahan kami,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.
“Kelab Bola Sepak Chelsea komited untuk menghapuskan semua bentuk perlakuan diskriminasi dalam sukan ini, dan meminta FAM mengambil langkah sewajarnya untuk membanteras perlakuan seperti ini di masa akan datang.
“Kelab dan Yossi menerima permohonan maaf, dan perkara ini kini ditutup.” – AFP
Buka babak baru
LUPAKAN episod duka babak kegagalan dalam saingan kelayakan Piala Dunia dan buka babak baru ke arah kelayakan Sukan Olimpik 2012 pula.
“Pada peringkat kumpulan ini, kita berdepan gergasi Asia - Jepun, Bahrain dan Syria - dan untuk membuat kejutan ke atas pasukan sebegini, kami memerlukan sokongan segenap sudut,” kata Kim Swee ketika dihubungi di Slovakia mengendalikan latihan 23 pemain skuad Olimpik.
“Saya faham peminat mahukan sesuatu daripada pasukan ini selepas kempen kelayakan Piala Dunia skuad kebangsaan tersekat, tetapi kita perlu realistik dengan sasaran diletakkan.
“Saya tidak mahu berangan-angan tinggi dengan meletak sasaran tidak realistik, tetapi apa yang boleh saya janjikan, tempoh persediaan panjang ini akan digunakan sebaiknya untuk memberikan persembahan terbaik apabila beraksi pada peringkat kumpulan nanti.”
Skuad Olimpik negara - wakil tunggal Asia Tenggara beraksi di dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia merebut tempat ke London tahun depan - mara ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik buat pertama kali sejak 1984, selepas mengetepikan cabaran Pakistan dan Lubnan pada peringkat awal.
“Saya akan mengambil pendekatan sama seperti kita tewaskan Pakistan dan Lubnan,” kata Kim Swee yang melihat anak buahnya merakam satu kemenangan pada siri perlawanan persahabatan di Slovakia apabila menewaskan kelab Divisyen 1, Moldova 1-0, hasil jaringan Wan Zack Haikal.
“Latihan sebulan di Slovakia ini bertujuan memperbaiki mutu permainan pasukan dan individu, selain memberi lebih banyak pendedahan antarabangsa kepada pemain.
“Penekanan saya lebih kepada disiplin di dalam permainan di mana setiap pemain perlu menjalankan tugas masing-masing dengan penuh komited. Sedikit kelalaian akan membawa padah. Saya harap selepas tamat sesi latihan di sini, mutu pasukan ini bertambah baik.”
Kata Kim Swee, tujuh pemain skuad Olimpik yang bersama skuad kebangsaan kemungkinan menyertai kem latihan di Slovakia tetapi keputusan mengenainya hanya ditentukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) minggu ini.
Aidil tak sabar bersaing
PEMAIN pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang menyifatkan dirinya sudah 100 peratus pulih daripada kecederaan, tidak sabar untuk bersaing dengan barisan pemain pertahanan sedia ada bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama skuad negara.
Sambil melahirkan rasa bangga di atas kesungguhan rakan-rakannya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas 14 tahun apabila skuad negara menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2, pemain pertahanan Negeri Sembilan itu berkata dia kini sedang dalam proses meningkatkan tahap kecergasannya untuk menghadapi saingan musim ini.
“Tahniah buat rakan-rakan kerana berjaya muncul juara dan mengharumkan nama negara. Walaupun tidak bersama mereka dalam perjuangan itu, saya tetap berasa bangga dengan kejayaan mereka,’” katanya semalam.
Dia terlepas beraksi bersama skuad kebangsaan kerana cedera ketika beraksi di final Piala Malaysia yang menyaksikan Kelantan muncul juara dengan menewaskan Negeri Sembilan, 2-1.
Aidil Zafuan bagaimanapun menyatakan dia tetap gembira apabila pasukan negara bimbingan jurulatih K Rajagobal itu akhirnya dapat menamatkan kemarau menjulang piala paling berprestij di Asia Tenggara itu, sekali gus meletakkan pasukan negara kembali dihormati.
“Kejayaan itu detik gemilang dalam dunia bola sepak kita dan saya yakin skuad kebangsaan mampu meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan. Berdasarkan barisan pemain sedia ada, saya yakin kita boleh menjadi pasukan digeruni satu hari nanti bukan saja di rantau ini, malah di Asia.
“Apa yang penting, prestasi ini mesti dikekalkan dan semua pemain mesti berusaha lebih keras untuk memartabatkan sukan bola sepak negara di pentas antarabangsa,” katanya.
Dia bagaimanapun tetap melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama rakan seperjuangan lain beraksi di kejohanan berkenaan untuk merasai sendiri suasana keceriaan kejayaan itu.
Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Aidil Zafuan berkata, dia kini sudah pulih daripada kecederaan lutut dan mula menjalani latihan penuh bersama skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan.
“Kecederaan yang saya alami sudah 100 peratus pulih dan saya kini sedang meningkatkan tahap kecergasan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2011,” katanya.
Sambil melahirkan rasa bangga di atas kesungguhan rakan-rakannya menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas 14 tahun apabila skuad negara menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2, pemain pertahanan Negeri Sembilan itu berkata dia kini sedang dalam proses meningkatkan tahap kecergasannya untuk menghadapi saingan musim ini.
“Tahniah buat rakan-rakan kerana berjaya muncul juara dan mengharumkan nama negara. Walaupun tidak bersama mereka dalam perjuangan itu, saya tetap berasa bangga dengan kejayaan mereka,’” katanya semalam.
Dia terlepas beraksi bersama skuad kebangsaan kerana cedera ketika beraksi di final Piala Malaysia yang menyaksikan Kelantan muncul juara dengan menewaskan Negeri Sembilan, 2-1.
Aidil Zafuan bagaimanapun menyatakan dia tetap gembira apabila pasukan negara bimbingan jurulatih K Rajagobal itu akhirnya dapat menamatkan kemarau menjulang piala paling berprestij di Asia Tenggara itu, sekali gus meletakkan pasukan negara kembali dihormati.
“Kejayaan itu detik gemilang dalam dunia bola sepak kita dan saya yakin skuad kebangsaan mampu meraih lebih banyak kejayaan pada masa depan. Berdasarkan barisan pemain sedia ada, saya yakin kita boleh menjadi pasukan digeruni satu hari nanti bukan saja di rantau ini, malah di Asia.
“Apa yang penting, prestasi ini mesti dikekalkan dan semua pemain mesti berusaha lebih keras untuk memartabatkan sukan bola sepak negara di pentas antarabangsa,” katanya.
Dia bagaimanapun tetap melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama rakan seperjuangan lain beraksi di kejohanan berkenaan untuk merasai sendiri suasana keceriaan kejayaan itu.
Mengulas mengenai perkembangan terbarunya, Aidil Zafuan berkata, dia kini sudah pulih daripada kecederaan lutut dan mula menjalani latihan penuh bersama skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan.
“Kecederaan yang saya alami sudah 100 peratus pulih dan saya kini sedang meningkatkan tahap kecergasan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2011,” katanya.
‘Pak Su buat kami bangga’
KEJAYAAN pasukan negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 cukup membanggakan seluruh keluarga penjaga gol skuad kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.
Aksi cemerlang pemain berusia 21 tahun itu pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya, terutama bapa, Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan persembahan terpuji anaknya sebagai hadiah amat bermakna buat negara. “Kami semuanya berasa bangga dengan apa yang ditunjukkan Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) pada perlawanan itu untuk negara. Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin tinggi ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang sentiasa ada dalam dirinya,” kata Che Mat kepada wartawan di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.
Beliau berkata sebelum perlawanan akhir kedua itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar keputusan perlawanan itu akan berpihak kepada negara meminta didoakan agar 'prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi.' “Itulah anak saya...baik sebelum beraksi untuk Kelantan atau untuk negara, dia tidak akan lupa memohon restu keluarga,” katanya. Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan minatnya hanya di posisi penjaga gol saja. “Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi itu dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Tapang ketika berumur 12 tahun,” katanya. Khairul Fahmi kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Baharu sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Che Mat berkata sambutan besar-besaran akan diadakan penduduk kampungnya dengan kerjasama wakil rakyat bagi menyambut kepulangan Khairul Fahmi, Isnin ini. “Majlis itu akan diadakan dengan perarakan 10 pacuan empat roda dan 30 motosikal yang akan bermula dari lapangan terbang. Inilah kebanggaan saya sebagai bapa dan apapun selepas ini, nasihat saya agar jangan mudah lupa diri dan sentiasalah tingkatkan potensi untuk terus berjaya,” katanya. - Bernama
Aksi cemerlang pemain berusia 21 tahun itu pada final kedua di Stadium Gelora Bung Karno benar-benar mengejutkan keluarganya, terutama bapa, Che Mat Hussain, 58, yang menyifatkan persembahan terpuji anaknya sebagai hadiah amat bermakna buat negara. “Kami semuanya berasa bangga dengan apa yang ditunjukkan Pak Su (gelaran buat Khairul Fahmi) pada perlawanan itu untuk negara. Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak dan kejayaan ini adalah berkat usaha dan disiplin tinggi ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang sentiasa ada dalam dirinya,” kata Che Mat kepada wartawan di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.
Beliau berkata sebelum perlawanan akhir kedua itu, Khairul Fahmi ada menghubunginya dari Jakarta bagi memohon restu agar keputusan perlawanan itu akan berpihak kepada negara meminta didoakan agar 'prestasinya pada malam itu benar-benar menjadi.' “Itulah anak saya...baik sebelum beraksi untuk Kelantan atau untuk negara, dia tidak akan lupa memohon restu keluarga,” katanya. Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan minatnya hanya di posisi penjaga gol saja. “Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi itu dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Tapang ketika berumur 12 tahun,” katanya. Khairul Fahmi kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bandar Penawar Johor Baharu sebelum berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Che Mat berkata sambutan besar-besaran akan diadakan penduduk kampungnya dengan kerjasama wakil rakyat bagi menyambut kepulangan Khairul Fahmi, Isnin ini. “Majlis itu akan diadakan dengan perarakan 10 pacuan empat roda dan 30 motosikal yang akan bermula dari lapangan terbang. Inilah kebanggaan saya sebagai bapa dan apapun selepas ini, nasihat saya agar jangan mudah lupa diri dan sentiasalah tingkatkan potensi untuk terus berjaya,” katanya. - Bernama
Tak hadir rai 2011
PASUKAN bola sepak Malaysia yang baru menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan dijadualkan hadir di majlis sambutan Ambang 2011 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, malam tadi, tidak dapat hadir kerana pemain, jurulatih dan pegawai pasukan itu diberikan pelepasan untuk bersama keluarga masing-masing bagi meraikan sambutan tahun baru.
Dilema Raja
31/12/2010
KAPTEN skuad kebangsaan, Mohd Safiq Rahim percaya impian untuk bergelar juara Piala Suzuki AFF bukan lagi sesuatu yang mustahil selepas mengetuai rakan-rakannya mara ke perlawanan akhir dengan menyingkirkan juara bertahan, Vietnam pada separuh akhir, kelmarin.
Perancang tengah berusia 23 tahun itu kini semakin yakin skuad itu bakal mencipta satu lagi sejarah bola sepak tempatan selepas anak buah K Rajagobal mengakhiri penantian 20 tahun pingat emas Sukan Sea dan mara ke pusingan kedua Sukan Asia selepas tempoh 32 tahun.
“Kami cuma perlu mengekalkan prestasi terbaik pada dua perlawanan akhir Ahad dan Rabu depan selain membaiki kelemahan yang ada sepanjang kejohanan ini iaitu sejak perlawanan pertama.
“Walaupun sasaran awal adalah separuh akhir, kerja keras serta kerjasama berpasukan akhirnya membuahkan hasil untuk menamatkan penantian 14 tahun mara ke perlawanan akhir,” katanya.
Pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional MyDinh, Hanoi, Malaysia mengamalkan corak permainan bertahan sepanjang 90 minit kerana sedar Vietnam pastinya memburu gol awal untuk mencetus semangat selepas Malaysia menang 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Rabu lalu.
“Vietnam dijangka menyerang habis-habisan menyebabkan kami mengamalkan corak bertahan supaya tidak membenarkan mereka menjaringkan gol.
“Walaupun ramai pemain muda dalam skuad ini, kami berjaya mengekang asakan jentera serangan Vietnam yang kebanyakannya berpengalaman bermain di peringkat ini,” katanya.
Usaha bertahan Malaysia akhirnya membuahkan hasil apabila tiada gol dijaringkan lawan yang mendapat beberapa peluang terbaik namun dinafikan kecekalan barisan pertahanan negara serta kecekapan penjaga gol, Khairul Fahmi che mat..
Safee tidak kecewa
PENYERANG berbisa negara, Mohd Safee Mohd Sali (gambar) tidak berasa kecewa selepas namanya tidak diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) pada saingan Piala Suzuki AFF meskipun sudah mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu.
Sebaliknya, Safee menegaskan, sejak bermulanya kejohanan itu, dia hanya mahu memastikan skuad negara mampu melangkah lebih jauh tanpa memikirkan sasaran peribadi.
Malah katanya, berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak sudah satu bonus selepas memastikan skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama dengan menumbangkan Indonesia menerusi agregat 4-2.
“Saya tidak rasa kecewa sebab sejak daripada awal lagi, saya tak sasarkan apa-apa. Malah muncul penjaring terbanyak ini pun hasil kerjasama rakan sepasukan yang banyak membantu saya sepanjang kejohanan ini.
“Bagi saya, itu semua tak penting kerana apa yang lebih penting ialah kita akhirnya berjaya memenangi Piala Suzuki AFF buat kali pertama,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.
Safee muncul penjaring terbanyak sepanjang kejohanan itu selepas meledakkan lima gol manakala kapten Indonesia, Firman Utina dinamakan sebagai penerima anugerah MVP.
Apa yang pasti, Safee berharap aksi cemerlang dipamerkan sepanjang kejohanan itu dapat memikat kelab dari luar seperti Indonesia dan Vietnam.
“Saya bersedia untuk beraksi di luar negara kerana ia sudah pasti memberi pengalaman berharga, sekali gus meningkatkan skil peribadi saya,” katanya.
Skuad Malaysia kembali dihormati
BANGGA...ketua pasukan bola sepak negara, Mohd Shafiq Rahim menjulang trofi Piala AFF di hadapan ribuan
penyokong bola sepak negara di KLIA, semalam.
KEJAYAAN menjulang Piala Suzuki AFF kelmarin dicapai dengan jalan yang penuh berliku dan mendebarkan membuktikan bola sepak tempatan kini sudah terjaga daripada lena serta melepasi zaman kegelapan.
Mereka kini sudah mengembalikan maruah dan reputasi negara untuk kembali digeruni di rantau Asia Tenggara selepas dipersendakan sejak sedekad sebelum ini tanpa sebarang pencapaian yang membanggakan.
Negara di rantau ini seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Myanmar dan Vietnam seharusnya tunduk hormat kepada Harimau Malaya yang kembali mengaum gagah membaham mangsa dengan memenangi Piala Suzuki AFF untuk kali pertama dan pingat emas Sukan Sea 2009 yang membabitkan pemain bawah 23 tahun.
Nyata Harimau Malaya yang terbaik di Asia Tenggara di peringkat senior dan bawah 23 tahun walaupun dibarisi kebanyakan pemain muda berusia 19 dan 21 tahun.
Kesukaran mencapai kejayaan ini sebenarnya bermula sebelum kejohanan berlangsung secara rasmi lagi dengan kecederaan melanda sebahagian besar tonggak utama memeningkan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal.
Bermula di barisan pertahanan, Aidil Zafuan Adha Abd Radzak, Norhafiz Zamani Misbah, Mohd Nasriq Baharom, Azmi Muslim diikuti barisan tengah Mohd Bunyamin Omar, S Chanturu, Baddrol Bakhtiar serta penyerang utama, Mohd Zaquan Adha sehingga tiada sebarang harapan diletakkan untuk muncul juara buat kali pertama.
Namun ia bukanlah halangan besar kepada Rajagobal untuk meneruskan 'sentuhan magis' bagi mencipta sejarah baru bola sepak negara apabila menaruh kepercayaan kepada pemain muda dan senior untuk menggalas cabaran edisi kelapan ini.
Pertaruhan paling tinggi adalah menggunakan dua pemain pertahanan tengah yang masih mentah jika dibandingkan dengan semua pasukan lain dengan menggandingkan Mohd Muslim Ahmad (21) dan Mohd Fadhli Shas (19).
Kepercayaan diberikan dibalas pemain dengan mempamerkan peningkatan di tengah padang ketika menentang Thailand dan Laos selepas dimalukan Indonesia 5-1 pada perlawanan peringkat kumpulan.
Mereka tidak lagi menoleh ke belakang apabila terus mempamerkan kematangan di dalam permainan manakala pemain senior seperti Mohd Safee Sali kembali dihormati apabila dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.
Malah corak permainan skuad kebangsaan dirancang Rajagobal sememangnya menarik untuk ditonton sama ada ketika menyerang atau bertahan dan kini mereka mampu untuk menjaringkan gol melalui serangan balas, sesuatu yang jarang dilihat sejak kebelakangan ini.
Ketangkasan Khairul Fahmi Che Mat di gawang, keampuhan Mohd Muslim dan Mohd Fadhli di pertahanan tengah, rempuhan Mahali Jasuli, kematangan Mohd Asraruddin Putra Omar, ketenangan Amar Rohidan, kebijaksanaan Mohd Safiq Rahim, larian pantas S Kunalan dan Mohd Amirulhadi, kelicikan Norshahrul Idlan Talaha, kerajinan Mohd Safee serta barisan pemain simpanan yang bersedia untuk diturunkan adalah kunci kejayaan pada kejohanan ini.
Pemain negara sudah lengkap dari segi fizikal dan kemahiran untuk berdepan dengan pemain berpengalaman dari negara lain termasuk ketika menyingkirkan juara bertahan, Vietnam di peringkat separuh akhir dan Indonesia semalam.
Ketahanan mental pula adalah yang terbaik diberikan terutamanya di final kedua di Gelora Bung Karno kelmarin dengan kehadiran 95,000 penyokong fanatik Sang Garuda di dalam stadium dan puluhan ribu lagi di luar stadium untuk menggerunkan mereka.
Suasana bising dan nyanyian lagu patriotisme Indonesia setiap minit nyata tidak menggerunkan Harimau Malaya yang hampir mencatatkan kemenangan di gelanggang keramat lawan itu sejak kali terakhir melakukannya pada 2004 dengan kemenangan 2-1.
Apa pun kejayaan memberi petanda baru sinar bola sepak Malaysia selepas dikatakan malap sebelum ini dan momentum itu berterusan untuk beberapa kejohanan besar yang menanti terutamanya kelayakan Sukan Olimpik 2012 yang bermula Februari depan.
“Kami mempunyai perancangan empat tahun untuk menjadi salah satu pasukan digeruni di Asia.
“Untuk itu kami memberi peluang kepada pemain muda seawal 17 tahun untuk beraksi di dalam kejohanan tertinggi sebagai pendedahan,” kata pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal, kelmarin.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut menjelaskan Malaysia kini mempunyai sekumpulan 50 hingga 60 pemain muda yang dikumpulkan untuk bermain bersama di dalam satu tempoh masa dan disediakan mewakili negara bila tiba masanya.
Mungkin salah satu faktor kejayaan kerana larangan pemain import di dalam Liga Malaysia sejak beberapa tahun ini sehingga membolehkan lebih ramai pemain tempatan kerap bermain dan memberikan kesan yang positif apabila mereka mewakili negara.
5,000 sambut wira kita
KEPULANGAN wira bola sepak negara yang menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki di sambut hampir lima ribu peminat yang memenuhi segenap ruang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam.Sambutan luar biasa peminat itu sememangnya tidak disangka, apa lagi mereka menanti kepulangan pemain yang menaiki pesawat penerbangan MAS sejak jam 12 tengahari biarpun pesawat hanya tiba jam 3.40 petang.
Bermula jam 1.30 petang, balai ketibaan mula sesak dan bingit dengan laungan lagu-lagu patriotik seperti 'Inilah Barisan Kita' dan 'Fikirkan Boleh'.Selain peminat yang hadir sendiri ke KLIA, beberapa kelab penyokong seperti Ultras Malaya, Kelab Penyokong Proton FC dan pasukan penyokong yang di bawa khas oleh Nike.
Sebaik kelibat pemain dan jurulatih, K Rajagobal kelihatan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mereka mula bersorak dan melaungkan nama setiap pemain.
Malah semua wartawan yang hadir di KLIA gagal mendapatkan sebarang komen daripada pemain dan jurulatih kerana mereka terus dikerumuni peminat lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.Pemain dan jurulatih kemudian diarak peminat ke pentas kecil di balai ketibaan sehingga menjadikan keadaan agak mencemaskan apabila peminat berasak-asak dan saling tolak-menolak untuk mendekati pemain.
Tidak kurang juga peminat yang tidak henti-henti melaungkan nama Rajagobal sebagai 'Datuk Rajagobal, Datuk Rajagobal'.
Ketika di atas pentas, pemain dikawal rapi polis hingga menghalang pandangan peminat, sekali gus menimbulkan kekecohan apabila ada di kalangan mereka yang melaungkan kata-kata kurang menyenangkan terhadap anggota keselamatan itu.
“Kami mahu tengok pemain, bukan nak tengok polis,” jerit sekumpulan peminat yang diikuti dengan laungan yang dialun berlagu 'Polis! Turun! Polis! Turun!'.
Peminat diam seketika apabila doa selamat dibacakan dan mereka kembali berpesta sejurus selepas itu sambil mengalunkan lagu 'Terima Kasih, Hei Rajagobal,” alunan yang cukup merdu didengar.
Tidak puas hanya seketika dapat menatap wajah wira negara, peminat terus mengiringi pemain menuju ke bas yang membawa mereka ke Wisma FAM.
Bermula jam 1.30 petang, balai ketibaan mula sesak dan bingit dengan laungan lagu-lagu patriotik seperti 'Inilah Barisan Kita' dan 'Fikirkan Boleh'.
Sebaik kelibat pemain dan jurulatih, K Rajagobal kelihatan bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mereka mula bersorak dan melaungkan nama setiap pemain.
Malah semua wartawan yang hadir di KLIA gagal mendapatkan sebarang komen daripada pemain dan jurulatih kerana mereka terus dikerumuni peminat lelaki, wanita dan juga kanak-kanak.
Tidak kurang juga peminat yang tidak henti-henti melaungkan nama Rajagobal sebagai 'Datuk Rajagobal, Datuk Rajagobal'.
“Kami mahu tengok pemain, bukan nak tengok polis,” jerit sekumpulan peminat yang diikuti dengan laungan yang dialun berlagu 'Polis! Turun! Polis! Turun!'.
Peminat diam seketika apabila doa selamat dibacakan dan mereka kembali berpesta sejurus selepas itu sambil mengalunkan lagu 'Terima Kasih, Hei Rajagobal,” alunan yang cukup merdu didengar.
Tidak puas hanya seketika dapat menatap wajah wira negara, peminat terus mengiringi pemain menuju ke bas yang membawa mereka ke Wisma FAM.
‘Saya tak sangka boleh juara’
K RAJAGOBAL tidak menyangka sama sekali skuad Piala AFF Suzuki negara akan muncul juara ketika di bawah bimbingannya.
Kejayaan diperoleh skuad muda Rajagobal itu hadir ketika skuad utama dibelenggu kecederaan, terutama gandingan kembar Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.
“Jangan kata muncul juara, mara ke final pun saya tidak sangka, amat mengejutkan,” kata Rajagobal.
Beliau menganggap pemain amat komited dan sikap itu terserlah meningkat dalam setiap perlawanan.
“Pemain kali ini mengotakan janji untuk tidak buat kesilapan besar. Malah mereka berdisiplin mengikut percaturan diatur setiap kali menjelang perlawanan.” Meskipun gembira dengan kejayaan menjulang piala kedua selepas Sukan Sea, Rajagobal menyeru pemainnya agar tidak dilamun mimpi selepas ini.
“Pemain perlu kekalkan prestasi di mana-mana kejohanan selepas ini. Banyak lagi tugasan yang perlu dilaksanakan dan perlu dicapai,” kata jurulatih yang amat berhati-hati bercakap mengenai pencapaian masa depan skuad bimbingannya.
Beliau enggan mengulas lanjut kegembiraan menjulang Piala Suzuki AFF, tapi berkata yang paling penting, pasukannya berupaya membawa kejayaan dalam setiap tugasan selepas ini.
Norshahrul pikat dua kelab luar
AKSI lincah penyerang berbisa negara, Norshahrul Idlan Talaha pada saingan Piala Suzuki AFF akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memikat dua kelab dari Indonesia.
Norshahrul ketika ditemui di Wisma FAM semalam sejurus tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengesahkan menerima tawaran dari pasukan Sriwijaya FC yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) dan sebuah lagi pasukan yang belum dapat dipastikan.
“Benar saya mendapat tawaran pasukan Sriwijaya dan sebuah lagi pasukan dari Jawa Tengah. Saya bersedia untuk keluar dari Malaysia dan beraksi untuk pasukan ini jika mereka memang serius mahu menggunakan khidmat saya,” katanya.
Aksi Norshahrul sepanjang kempen Piala Suzuki AFF sememangnya tidak mengecewakan apabila berjaya mencipta gerakan cantik untuk rakan sepasukan, terutama kepada seorang lagi penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali yang muncul penjaring terbanyak kejohanan itu dengan lima gol.
Malah ada yang mengatakan dia bakal menerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP), namun ia akhirnya menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarkan semasa aksi final kelmarin, Firman gagal menyempurnakan sepakan penalti. Malah, Firman sendiri mengaku yang dia terkejut kerana dipilih untuk menerima anugerah itu.
Norshahrul mengakui yang dia agak terkilan kerana tidak dipilih untuk meraih anugerah berkenaan, namun kekecewaan itu terubat apabila dapat membantu memastikan pasukan negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali, pertama sekali gus menambah koleksi peribadinya selepas meraih pingat emas Sukan Sea 2009 Laos serta menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan.
“Tahun ini serta musim lalu memang amat bermakna bagi saya kerana banyak kejuaraan yang saya kecapi bersama Kelantan serta skuad kebangsaan. Harap-harap saya dapat mengekalkan prestasi terbaik selepas ini.
“Menjuarai Piala Suzuki AFF ini juga amat bermakna buat saya kerana ia hadiah paling berharga selepas baru melangsungkan perkahwinan,” katanya.
‘Kami serasi’
‘Kami serasi’
KAPTEN skuad negara, Safiq Rahim mendedahkan dua faktor utama yang menjadi pendorong kepada kejayaan skuad negara menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama selepas menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir menerusi agregat 4-2, kelmarin.
Pemain tengah itu berkata, faktor keserasian antara pemain di dalam serta di luar padang dan kejayaan melangkah ke separuh akhir menjadi pencetus utama kebangkitan skuad negara di kejohanan itu.
Katanya, kem negara nyata amat berbeza di bawah kendalian K Rajagobal apabila setiap pemain saling berinteraksi antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan sesama mereka, tanpa mengira sama ada ketika beraksi di tengah padang atau pun sebaliknya.
“Inilah faktor utama menyebabkan kami cukup bersemangat apabila beraksi pada perlawanan sebenar, terutama di separuh akhir sehingga ke pentas final. Saya boleh katakan kami semua cukup serasi dan saling menghormati antara satu sama lain.
“Selain itu, kejayaan kami melangkah ke separuh akhir juga menjadi titik tolak kepada kebangkitan skuad negara. Ketika itu, saya serta rakan sepasukan lain yakin kami mampu menjulang piala ini buat kali pertama dan selepas menumpaskan Vietnam di separuh akhir, keyakinan kami bertambah kuat.
“Sehinggalah akhirnya kami berjaya muncul juara menewaskan Indonesia. Saya akui cabaran yang kami terima di Indonesia memang amat hebat, tapi ia langsung tidak mematahkan semangat kami kerana sudah belajar daripada kesilapan ketika tewas 1-5 pada saingan peringkat kumpulan,” katanya.
Sebagai kapten yang menjulang piala berkenaan buat kali pertama, Safiq ternyata amat bangga kerana berjaya mengemudi pasukan dengan cemerlang sehingga akhirnya menjulang Piala AFF.
“Saya sendiri tak sangka kami mampu melangkah sejauh ini selepas bermula agak goyah pada pusingan awal. Semoga kemenangan ini menjadi pencetus kebangkitan bola sepak negara.
“Malah saya terkejut dengan sokongan peminat yang amat luar biasa. Harap-harap suasana ini berterusan selepas ini tidak kiralah sama ada kami menang atau kalah,” katanya.
Khairul Fahmi terharu
KEJAYAAN membawa pulang Piala Suzuki AFF ke tanah air buat kali pertama sejak dianjurkan pada 1996 bagai mengusik kenangan manis era kegemilangan bola sepak negara di zaman Mokhtar Dahari dan Santokh Singh.
Bagi penjaga gol yang menyarung jersi skuad kebangsaan buat kali pertama Khairul Fahmi Che Mat, kejayaan dirakam bersama rakan sepasukannya bagai membangkitkan semula semangat yang pernah wujud di zaman legenda bola sepak itu, apa lagi apabila melihatkan kemeriahan sambutan kepulangan pemain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).“Mendengarkan peminat melaungkan nama pemain, kami cukup terharu. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir akan dikenali,” kata Khairul Fahmi ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya.
Ketika cuba dikaitkan dirinya sebagai ikon seperti Mokhtar dan Santokh, penjaga gol Kelantan itu menafikan dia dan rakan-rakan sudah mencapai tahap itu, tapi mengakui yang pasukan kali ini berjaya menghangatkan semula ‘kegilaan’ bola sepak di kalangan anak muda.
Di laman sosial seperti facebook dan twitter, nama Khairul Fahmi boleh dikatakan paling popular selepas mempamerkan kecemerlangan mengawal gawang negara hingga menjulang Piala AFF Suzuki.
“Saya tidak sangka begitu ramai peminat di KLIA. Mereka buatkan saya bangga menjadi pemain kebangsaan dengan sokongan padu yang mereka tunjukkan. Harap-harap selepas ini mereka terus mengikut rapat perkembangan pasukan kebangsaan,” katanya.
Khairul Fahmi berkata dia langsung tidak terfikir akan melakar kemasyhuran, tapi sebaliknya amat berpuas hati dengan penutup 2010 yang dianggap tahun cemerlang amat manis untuk dikenang.
“Mungkin kami ini dianggap idola mereka. Jadi saya harap lebih ramai pemain berbakat akan lahir selepas ini,” katanya. Kejayaan itu membuatkan Khairul Fahmi berazam mengekalkan posisi penjaga gawang nombor satu negara, namun sedar saingan untuk posisi itu cukup sengit.
Dalam pada itu, Khairul Fahmi sempat menceritakan pengalamannya ketika menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina.
“Saya amat gementar ketika mereka peroleh sepakan penalti di awal permainan. Namun saya ingat kembali pesan jurulatih K Rajagobal yang mengatakan jika Firman mengambil sepakan penalti biasanya disasarkan ke kiri gawang,” katanya dengan wajah ceria.
SKUAD kebangsaan yang menjulang Piala Suzuki AFF berjaya mencetuskan fenomena di peminat bola sepak apabila semua jersi pertama dan kedua pasukan negara habis terjual di semua kedai Nike dan Al-Ihsan.
Pengurus Pemasaran Jualan Nike, Menaha Nadaraja mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
“Kami tidak sangka sambutan jersi kebangsaan terlalu tinggi dan laris terjual tidak sampai sebulan. Kini yang tinggal hanya jaket pasukan kebangsaan,” katanya.
Ketiadaan jersi di kedai Nike dan Al-Ihsan bermakna peminat tidak akan memperoleh mendapatkannya sehingga stok baru tiba di tanah air, April depan.
“Jualan untuk kejohanan AFF bermula pada 3 Disember lalu. Selepas itu, pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir dan jersi mula laris. Sejurus sebelum final pertama pada 26 Disember, semua jersi sudah habis,” kata Menaha.
Ini adalah kali kedua jersi kebangsaan habis terjual di pasaran selepas kali pertama ketika pemain negara meraih pingat emas Sukan Sea 2009 Laos.
Menaha berkata, Nike akan terus menjalin kerjasama erat dengan FAM kerana yakin banyak lagi kejayaan akan dilakar menerusi gandingan mereka.
‘Saya tidak tertekan ambil sepakan penalti’
KEGAGALAN Firman Utina dalam memanfaatkan sepakan penalti masih meninggalkan teka-teki.
Beberapa pihak menilai kapten pasukan kebangsaan Indonesia itu berdepan dengan tekanan sehingga gagal melaksanakan peluang terhidang itu ketika bertemu Malaysia di final kedua Piala AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam kelmarin.
Firman bagaimanapun menafikan berdepan tekanan sehingga gagal menyempurnakan sepakan itu.
“Soal penalti, saya tidak ada tekanan sama sekali. Saya sendiri yang mengambil keputusan mengambil sepakan itu. Kalau memang gagal, ya itulah bola sepak,” katanya Firman.
Kegagalan Firman memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-18 itu menjejaskan peluang Indonesia untuk mendahului. Tendangan penaltinya dapat diselamatkan Khairul Fahmi Che Mat, yang cemerlang apabila Firman menyepak lemah ke kiri penjaga gawang Malaysia itu.
Firman kemudian digantikan Eka Ramdani selepas Indonesia ketinggalan 0-1 hasil jaringan Mohd Safee Sali pada minit ke-53. Meskipun sedih kerana gagal membawa Indonesia muncul juara, Firman sekurang-kurangnya berasa lega apabila dipilih sebagai Pemain Paling Berharga untuk kejohanan itu.
Dia sendiri mengaku terkejut menerima penghargaan itu...
Bola sepak mampu ke Piala Dunia
Kementerian Belia dan Sukan yakin dengan bakat luar biasa pemain negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa khususnya Piala Dunia dan Sukan Olimpik.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pasukan Malaysia harus berusaha ke arah kelayakan untuk perlawanan bertaraf antarabangsa pula.
“Pemain negara perlu bekerja keras untuk bersaing di Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Begitu juga dengan kejohanan-kejohanan lain yang bertaraf antarabangsa.
Saya yakin dengan kebolehan yang ditunjukkan. walaupun 10 pemain utama mengalami kecederaan namun mereka mampu melakar sejarah yang gemilang dalam kejohanan ini," katanya.
Menurut Ahmad Shabery lagi, dia optimis untuk melihat perjalanan pasukan ini melangkah lebih jauh lagi malah, yakin dengan skuad kendalian K. Rajagobal tersebut.
“Jika Sepanyol dulu bermula dengan kekalahan dan kemudian berakhir dengan kemenangan, tidak mustahil jika pasukan Malaysia juga begitu,” katanya.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pasukan Malaysia harus berusaha ke arah kelayakan untuk perlawanan bertaraf antarabangsa pula.
“Pemain negara perlu bekerja keras untuk bersaing di Sukan Olimpik dan Piala Dunia. Begitu juga dengan kejohanan-kejohanan lain yang bertaraf antarabangsa.
Saya yakin dengan kebolehan yang ditunjukkan. walaupun 10 pemain utama mengalami kecederaan namun mereka mampu melakar sejarah yang gemilang dalam kejohanan ini," katanya.
Menurut Ahmad Shabery lagi, dia optimis untuk melihat perjalanan pasukan ini melangkah lebih jauh lagi malah, yakin dengan skuad kendalian K. Rajagobal tersebut.
“Jika Sepanyol dulu bermula dengan kekalahan dan kemudian berakhir dengan kemenangan, tidak mustahil jika pasukan Malaysia juga begitu,” katanya.